Help the warfield - Palestine Need You
Bantulah saudara kita di Gaza dengan pelbagai cara. Kami menyediakan stiker khas untuk dilekatkan pada kereta sahaja. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Aman Palestin Berhad beribu pejabat di Bangi: Tel: 03-89267019, Fax: 03-89259963.

Operasi ketenteraan Israel menyebabkan ramai penduduk awam cedera

Kanak-kanak Palestin sememangnya tidak gentar dengan 'senjata permainan' yang menakutkan mereka .

Operasi ketenteraan Israel menyebabkan ramai penduduk awam cedera

Perlukah bayi sekecil ini Menerima kesengsaraan dan tiada peluang untuk menghirup kedamaian dunia yang aman? .

Operasi ketenteraan Israel menyebabkan ramai penduduk awam cedera

Ya allah! Selamatkanlah budak ini daripada mangsa kerakusan pembunuh Yahudi laknat Ini! .

Penghormatan kepada Aktivitis Rachel Corrie 23 dibunuh Zionis

Walaupun bukan Beragama Islam pejuang aktivis tetap dibunuh dengan Kejam menggunakan Mesin Buldozer

Operasi ketenteraan Israel menyebabkan ramai penduduk awam cedera

SEORANG remaja perempuan menagis setelah menemui bapanya mati dibom tentara Israel.

635 penduduk Palestin maut

Kanak-kanak Palestin mati akibat tertimbus selepas tentera Israel meranapkan rumahnya di Genting Gaza.

Perang darat Israel bermula




Your Ad Here







SEBUAH kereta kebal Israel membedil ke arah Genting Gaza semalam.

BANDAR GAZA - Beribu-ribu askar Israel yang dibantu oleh sejumlah kereta kebal bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas termasuk di jalan-jalan raya di Gaza semalam.

Sebanyak 39 penduduk Palestin terbunuh akibat terkena bedilan meriam atau peluru dari jet-jet pejuang rejim Zionis di Gaza.

Bagaimanapun, pertempuran darat antara pejuang-pejuang Hamas dengan ribuan askar Israel itu memasuki hari pertama malam kelmarin.

Sebelum ini, rejim Zionis melancarkan serangan udara sejak 27 Disember tahun lalu menyebabkan lebih 400 penduduk Palestin maut.

Menurut beberapa saksi, pejuang-pejuang Hamas melancarkan serangan mortar dan meletupkan bom di tepi jalan ketika kemaraan tentera Israel.

Namun, tentera Yahudi mengambil alih kawalan di Jalan Salaheddine iaitu lebuh raya utama ke bandar Gaza.

KEPULAN asap tercetus akibat letupan tentera Israel di Genting Gaza semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan serangan di Gaza itu tidak dapat dielakkan tetapi menegaskan ia tidak akan melancarkan serangan terhadap pejuang-pejuang Hizbollah di Lebanon.

"Operasi akan diluaskan dan ditingkatkan seperti yang diperlukan. Perang bukan satu perkelahan," katanya.

Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket oleh pejuang-pejuang Hamas ke wilayah Israel.

Israel bertekad untuk menghancurkan Hamas menerusi serangan besar-besaran itu. - Agensi
0 Suara Hati:

Post a Comment

Pembaca Prihatin

online counter

Followers

Suara Hati Anda

Powered by helpalestine blogspot Post