

SEBUAH helikopter tentera Israel melepaskan tembakan amaran di utara Genting Gaza semalam.
GAZA - Pergerakan Hamas mendakwa menangkap dua askar Israel ketika bertempur dengan askar-askar Yahudi di Genting Gaza semalam.
Menurut pergerakan itu, kedua-dua askar itu kini menjadi tebusan.
Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan pihaknya tidak mengetahui sama ada terdapat askarnya ditangkap oleh Hamas.
"Dua askar berjaya ditangkap," kata stesen radio dan televisyen Hamas.
Penangkapan askar itu bakal memberi kesan mendalam terhadap sokongan orang awam Israel berhubung operasi serangan di Gaza.
Pada Jun 2006, pejuang-pejuang Hamas menangkap seorang askar Israel, Gilad Shalit dalam satu serbuan merentasi sempadan.
Setakat ini, Gilad masih belum dibebaskan.
- Agensi
Post a Comment