Tubuh laman web siar profil, prosedur kes jenayah perang
BAITULMAQDIS: Satu kumpulan aktivis hak asasi manusia Israel yang tidak mahu dikenali, mewujudkan satu laman web yang memaparkan dakwaan jenayah perang pegawai kanan kerajaan dan anggota pasukan pertahanan (IDF) negara Yahudi itu, lapor akhbar di sini.
Keluarga Khadr berkumpul dekat unggun api untuk mendapatkan haba memanaskan diri dekat kediaman mereka yang musnah diserang Israel di timur Jebaliya, Gaza.
Pertubuhan hak asasi manusia yang bertanggungjawab berkenaan tidak dikenali, manakala pengasasnya juga enggan mendedahkan nama sejak mewujudkan laman web terbabit, www.wanted.org.il.
Laman itu memaparkan 'arahan supaya menangkap' pemimpin yang dituduh melakukan jenayah perang yang lengkap bergambar dan mempunyai maklumat peribadi.
Antara profil dalam web itu termasuk Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak; Perdana Menteri, Ehud Olmert; Menteri Luar, Tzipi Livni; Timbalan Menteri Pertahanan, Matan Vilnai; Menteri Keselamatan Awam, Avi Dichter; Menteri Infrastruktur, Benjamin Ben-Eliezer; Ketua Staff IDF, Gabi Ashkenazi dan dua bekas pemegang jawatan itu, Dan Halutz dan Moshe Ya'alon; bekas komander tentera udara, Eliezer Shkedy dan ramai lagi.
Laman web berkenaan juga menerangkan prosedur untuk memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague membabitkan masa dan lokasi 'suspek' terbabit di luar Israel.
Berdasarkan 'perintah menangkap' Barak di laman web itu tertulis: "Pada 27 Disember 2008, suspek mengarahkan serangan udara terhadap semua pusat penempatan Gaza."
DARI kiri; Ehud Olmert, Ehud Barak dan Tzipi Livni.
Serangan itu yang berlangsung 22 hari menyaksikan beratus-ratus serangan jet pejuang menggugurkan beratus tan bom di kawasan penduduk di Gaza termasuk penggunaan senjata kimia.
Kekejaman Zionis itu menyebabkan kematian 1,300 penduduk Palestin
Post a Comment